Lagenda Puteri Santubong merupakan sebuah persembahan tari-teatrikal berdurasi penuh yang berasaskan lagenda ikonik Sarawak iaitu Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang, dua puteri kayangan yang mempunyai hubungan persaudaraan yang sangat erat dan kemudiannya disebabkan ketidakpuasan dan cemburu diantara mereka, berlaku konflik yang tragis, telah membentuk landskap Gunung Santubong dan Gunung Sejinjang di Sarawak.
Lagenda Puteri Santubong ialah sebuah tari-teatrikal yang mentafsir semula lagenda Sarawak untuk memupuk kesinambungan budaya dan identiti. Turun mereka ke alam dunia mempertengahkan perbezaan tanggungjawab, kerumitan hubungan persaudaraan emosi, mendedahkan bagaimana cinta, persaingan dan pilihan mempengaruhi hubungan dan keharmonian masyarakat.
Melalui pergerakan ekspresif, persembahan ini mencerminkan dinamik sosial yang biasa terjadi dikalangan komuniti kontemporari masa kini — konflik, salah faham dan perdamaian, menjadikan mitos ini boleh diakses dan relevan. Transformasi puteri menjadi Gunung Santubong dan Gunung Sejinjang, menghubungkan emosi peribadi dengan landskap fizikal, mengukuhkan rasa jati diri dan menjadi peringatan rakyat Sarawak serta Malaysia secara amnya.